Pages

Friday, December 30, 2011

Ketahui Jenis Darah Anda! :)


1) Jenis Darah A adalah Petani (Farmers)
Mereka berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup.

Peribadi Asas:
Berhati hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan.

Kadar Toleransi:
Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:

Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis terhadap masa hadapan.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah, memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensitif kepada pandangan orang lain.

Bagaimana mereka bekerja:
Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan.

2) Jenis Darah B adalah Pemburu (Hunters)
Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan.

Peribadi Asas:
Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara praktikal.

Kadar Toleransi:
Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan, kelihatan tidak sabar, tidak sukakan kerja yang berulang.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’ dan bersifat objektif, walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar ‘mood’ seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa.

Bagaimana mereka bekerja:
Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi,sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.

3) Jenis Darah AB adalah Ahli Kemanusiaan (Humanists)
Mereka sukar dimengerti, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Selain itu, AB sangat bagus menguruskan kewangan, walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala AB bersikap talam dua muka.

Peribadi Asas:
Sangat praktikal, bagus dalam menganalisa, memberikan kritikan yang membina, sukar membuat keputusan untuk perkara penting.

Kadar Toleransi:
Cuba untuk menjadi rajin, kelihatan kurang sabar.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah semasa berbanding perkara lain.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Berjiwa sentimental, selalunya ‘cool’ dan ‘steady’, tetapi boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh menjadi ‘moody’ sekelip mata.

Bagaimana mereka bekerja:
Boleh menguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat memahami, tidak terlalu bertanggungjawab, tidak mampu membuat ‘follow up’ sebelum projek kerja diselesaikan.

4) Jenis Darah O Adalah pejuang (Warriors).
Mereka ‘outgoing’, ‘expressive’, dan ‘passionate’. O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi.

Peribadi Asas:
Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis dan bertenaga.

Kadar Toleransi:
Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Positif tentang masa lampau, oleh itu tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus.

Bagaimana mereka bekerja:
Keupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin, boleh mengabaikan perkara terperinci.

Di sebalik angka 19 *ada rahsia nie!*

Kita sering dimaklumkan mengenai angka 786 yang kononnya mewakili perkataan bismillah. Tetapi ramai yang tidak mengetahui bahawa Allah menyebut beberapa angka dalam al-Qur’an yang mempunyai banyak bukti matematik yang tidak kita ketemui. Angka 19 disebut secara spesifik dalam Surah ke 74 “Surah al-Muddathir”, ayat 30 yang bermaksud, “Padanya ada 19″.

Dari surah ini jelas angka 19 memainkan peranan yang besar dalam al-Qur’an. Berikut ialah 19 perkara yang diperhatikan oleh Dr Vladimir Kulish & Rano Izhar yang menemui kepentingan angka ini. Saya memetik hal ini dari sebuah buku yang sedang dalam usaha percetakan:-
  1. Al-Qur’an mengandungi 114 surah (114=19×6) 
  2. Kalimah Bismillah mengandungi 19 huruf arab 
  3. Walaupun kalimah Bismillah tidak ditulis bagi surah at-Taubah, tetapi perkataan Bismillah ditulis sebanyak 114 kali dalam al-Qur’an 
  4. Jumlah ayat dalam al-qur’an ialah 6346 (=19×334) Perhatikan jumlah 6346 ialah 19 (6+3+4+6) 
  5. Daripada surah ke-9, at-Taubah (yang tidak ada Bismillah) kepada surah yang mengandungi kalimah Bismillah (surah 27), jumlah surah kesemuanya 19 
  6. Jumlah nombor surah kalau dicampurkan dari surah 9 ke 27 iaitu 9+10+11+…….+27=342 (19×18) 
  7. 342(=19×18) menyamai perkataan antara 2 bismillah dalam surah 27 (bismillah di awal surah 27-perkataan Bismillah dalam surah berkenaan) 
  8. Ayat pertama turun mengandungi 19 kalimah (Iqra’) 
  9. Ayat tersebut mengandungi 76 huruf (=19×4) 
  10. Surah Iqra’ (96) menjadi surah mengikut susunan mengandungi 19 ayat 
  11. Surah tersebut diletak di atas 19 surah-surah akhir yang lain 
  12. Surah 96 mengandungi 304 huruf Arab (=19×6) 
  13. Surah terakhir turun iaitu surah 110 juga mengandungi 19 ayat 
  14. Ayat pertama surah berkenaan (110:1) mengandungi 19 huruf arab 
  15. 14 huruf berbeza dari set 14 huruf permulaan seperti Alif, Lam, Mim) dan permulaan 29 surah jika dicampurkan 14+14+29=57 (19X3) 
  16. Jumlah 29 surah yang dimulai dengan huruf arab (tidak diketahui makna seperti alif, lam, mim dll) ikut surah ialah 2,3,7 dll kalau dijumlahkan 2+3+7+….+50+68=822 dan 822+14 (14 set permulaan dengan huruf hija’iyyah)=836(=19×44) 
  17. Antara surah pertama (al-Baqarah) dengan surah terakhir (surah 68) yang dimulai dengan huruf, terdapat 38 surah yang tidak dimulai dengan huruf sebegini (=19×2) 
  18. Antara surah pertama (al-Baqarah) dengan surah terakhir (surah 68) yang dimulai dengan huruf, terdapat 19 giliran antara surah yang bermula dengan huruf dan yang tidak bermula dengan huruf 
  19. Al-Qur’an menyebut 30 angka berbeza 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 19, 20, 30, 40, 50, 60, 70,80,99,100,200,300,1000,2000,3000, 5000,50000 dan 100000. Jumlah angka-angka ini ialah 162,146 (=19×8534)…Inilah kod Qur’an yang disengajakan oleh Allah untuk memelihara al-Qur’an dari sebarang pemalsuan….dan ia bukan ciptaan manusia. Itulah sebahagian dari penemuan dan kita akan berbincang lagi mengenai hal ini.

Thursday, December 29, 2011

¤ Nasihat Luqman Hakim ¤

¤ Dua Hal yang Tidak Boleh Engkau Lupakan sama sekali, Iaitu :
1. Tuhan.
2. Kematian.

¤ Dua Hal yang Harus Senantiasa Engkau Lupakan, Iaitu :
1. Kebaikan yang Engkau Lakukan pada Seseorang.
2. Kejahatan yang Orang lain Lakukan Kepadamu.

¤ Jagalah Empat Perkara, Iaitu :
1. LisanMu pada Setiap Majlis yang Engkau Masuki.
2. PerutMu pada Setiap Perjamuan yang Engkau Hadiri.
3. MataMu pada Setiap Rumah yang Engkau Datangi.
4. HatiMu pada Setiap Shalat yang Engkau Kerja 

Wednesday, December 14, 2011

Kelebihan Seorang Wanita

Assalamualaikum.. hari nie fieyra nak share sesuatu untuk korang semua especially untuk kaum hawa nie... fieyra bersyukur sangat sebab dilahirkan sebagai seorang perempuan yang akan menjadi wanita.. ah?? wanita?? wanita la sangat! hahaha... jum sama2 kita berfikir sejenak kenapa kita menjadi wanita?? Allah menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia bahkan bukan itu saja.. banyak lagi kelebihannya... Antaranya :


1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelakiyang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15.. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat..
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pah
ala 80 tahun ibadat.

Tuesday, October 18, 2011

Cinta tak perlukan sebab??



Dalam satu kisah percintaan yang menyentuh hati, sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada suami. Ini dialog mereka,

'Mengapa abang menyukai saya dan mengapa abang cintakan saya?'

'Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai sayang,' jawab suaminya tenang.

'Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya?' tanya si isteri tidak berpuas hati dengan jawapan suaminya.

'Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan sayang,' redup mata suaminya memandang isterinya.

'Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya,' balas si isteri dengan nada yang sebak.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata,

'Baiklah! Abang mencintai sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama sayang,' balas suami wanita itu untuk menyenangkan hati isterinya.

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi..

Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi.

Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya...

Sayangku,
Jika disebabkan suaramu aku mencintaimu, sekarang bolehkah engkau bersuara.. tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu...
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatanmu aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu...
Jika disebabkan senyumanmu aku mencintaimu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu..
jika disebabkan setiap langkahmu aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu...
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang.. Aku tidak mempunyai sebab mencintaimu lagi...
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintaimu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu...ia boleh dirasai dalam hati..'

Yang mencintaimu,
Suamimu.

Tuesday, July 19, 2011

Apa itu "PEREMPUAN SUCI"???

“Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah SWT. Tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya, kerana Allah teramat menyintainya. Tapi andai kata dia bergelumang dengan cinta lelaki, dimana Allah hendak menjaga kita?? Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak kecewakan kita. Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, ini bermakna Allah mahu mengambil kita kita kembali untuk dijaga-Nya. Mengapa masih ragu-ragu?? Kekuatan usah ditunggu tetapi harus dicari. Hargailah diatas kesempatan yang Allah berikan. [sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika merasa berdosa melakukannya]” --IMAM AL GHAZALI—

----> Kata2 tersebut terlalu dalam makna nya bagiku.. semoga ALLAH melindungi diriku ini.. amin amin yarabbalalamin…. Segalanya tentang diriku akan ku serahkan sepenuhnya untuk ALLAH taala… biarlah Allah yang menentukan dan aku hanya mampu merancang… walaupun kadang2 semua yang kita nak kita takkan dapat…. Tapi yang pasti Allah telah menentukan apa yang terbaik untuk kita… dan aku berharap moga amal2 ku sebelum nie diterima ALLAH… amin!!!

Monday, June 20, 2011

Tip-tip Menghilangkan Kesan Jerawat

Cara Menghilangkan Bekas Jerawat - Bagi remaja dan anak yang baru menganjak dewasa alias masa puber, jerawat menjadi suatu momok yang menakutkan, terlebih bagi seorang gadis yang dituntut untuk selalu memperhatikan penampilan.

Berikut ini pelbagai cara menghilangkan bekas jerawat dan tips - tips sesuai dengan permasalahan jerawat yang saya dapati dari berbagai sumber.
- Bangun tidur bersihkan wajah dengan air suam.
- Hindari makan makanan seperti telur, indomie(makanan segera), kacang, ayam dan cili.
- Bersihkan muka. Cuci dengan air kelapa tua. Setelah kering sendiri, bilas dengan air bersih.
- Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih.
- Larutkan tepung kanji dengan air. letakkan di sekitar tempat yang berjerawat.
- Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu.

- Putih telur + 1 senduk tepung jagung + minyak zaitun. Ketiga, aduk secara rata. Gunakan sebagai masker.
-  Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu.
- Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam. 

Cara diatas adalah cara - cara untuk menghilangkan jerawat atau bekas jerawat. Saya sarankan anda memakai cara ini daripada membeli ubat-ubatan yang belum tentu berkesan dan biasanya malah mempunyai kesan sampingan seperti iritasi, bengkak-bengkak dan sebagainya. Semoga artikel ini membantu.

Thursday, May 26, 2011

Next Time


..Today, I would like to share you all about poem that i found last Monday.. Actually, I want to use this poem for my protege perform on the night show case.. I can't wait on that day.. BUT, I must SPEAKING from morning until the end of that day.. errhhh!! so challenging... ^__^



Next Time
When man is gone and wiped from history’s pages
the Earth will still revolve around the Sun,
and start anew, evolving through the ages
repairing all the damage we have done.

As evolution starts another stanza,
as microdots of life form into seeds,
will humans be regarded as a cancer
and bypassed as a payment for our deeds?

Imagine planet Earth without pollution,
and picture every species running free,
no forests laid to waste in destitution,
with crystal air and effervescent sea.

No creatures slaughtered blindly by the greedy,
no skies of lead and cloudy overcast,
a Paradise where nothing would be needy,
an Eden where the time of Man is past.

The Earth will wait, and sand will turn to granite,
the time will come when man pays for his crime,
we had our chance, and chose to harm our planet,
will humankind be overlooked next time


fieyra zafirah

Tuesday, May 24, 2011

 Me.My.I.MINE 

Assalamualaikum the opening of Fieyra Zafirah's blog.. Today, I will write something about me. You all will know me more. Let's we start.


The picture above is me. Truly me!! No copy and not a fake. 

My full name is NUR ZAFIRAH. It is means light of success. I hope so I will success in my life and will be the proud one of my parents daughter!! cehh!! Amiinnnn..!! I was born on 21MARCH1992. In calendar Islam, I was born on 17RAMADHAN1412 [17.09.1412]. I also was born in Kuching [somewhere people give birth]. 



Now, I'm studying in UiTM [Diploma in Banking 2011]. I hope 5 years later I will be bank director and also have my own bank. haha!! Actually, that is not my dream. Huhu.. I cant achieve my dream bha!!! Impossible if my dream  come true.. huhu... But, I'm happy studied here and I can make my parent proud of me.. Have a life in university make me more matured and I can move forward. I'm very thankful to Allah because give me this way... Without of Allah's bless, I cant be in this stage.. I hope I will stay here until the and then my future is around my hand.. :) 

During Class
Me, Nonat and Aqma






Larian Satu Kampus

During Kesatria







 Reunion with my precom's friend









Hang out with my classmate














My former schools are SK GERSIK[1999-2004], SMK TUN ABANG HAJI OPENG[2005-2008] and SM TEKNIK KUCHING[2008-2009].. I will never forget all the memories of my schools AND also i cant forget all the friends that i knew at school.. all of this still in my mind.. 

SK GERSIK [1999-2004]

SMK TUN ABANG HAJI OPENG [2005-2008]
WITH MY CLASSMATE [3 ANGSANA]
SOMEONE MISS.. LATER I UPLOAD HER PHOTO. ^__^
SM TEKNIK KUCHING [2008-2009]


























My favorite?? what do you think??? hurmm.. so so so many thing that i really loved bha.... The things that I really like in this world is...........
  • food- anything about food that make me feel awesome BUT it is MUST HALAL!! ^__^
  • fashion- shoes, dress, handbag, make-up, accessories and .....
  • book- anything interesting
  • movie- korean movie, Crazy Little Thing Called Love[THAI MOVIE], malay movie
  • colour- prefer PINK coz CUTE and SOFT, green, black, white, red and purple.
  • my stuff- my scooter, my laptop, my bag, my shoes, my clothes and my handphone[buy from my own wages bha!]

My hobby?? wah!! I have many thing I like to do.. hurm... but the most I liked is watching movie, surfing internet, reading books, dance, snap and edit photo, writing and spend my time with people i LOVE!! :) only that i would like to do and i think thats all.. no more interesting about me,, ^____^



i'm teaching!!

read this book!!





What person am I h0oooo??? Am i HORRIBLE?? haha!! dont be scared.. I'm not like that.. I'm good person<what the hell!!>.. Actually, I'm caring, lovely, sociable, good listener, love to smile<really??>, hurmmm,,, what else bha.... haaa~~!! I dont know la... It's depend on you all how to judge me... LIKE I CARE.. ^___-



THE END OF ABOUT FIEYRA ZAFIRAH.. ©©©