Dalam satu kisah percintaan yang menyentuh hati, sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada suami. Ini dialog mereka,
'Mengapa abang menyukai saya dan mengapa abang cintakan saya?'
'Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai sayang,' jawab suaminya tenang.
'Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya?' tanya si isteri tidak berpuas hati dengan jawapan suaminya.
'Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan sayang,' redup mata suaminya memandang isterinya.
'Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya,' balas si isteri dengan nada yang sebak.
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata,
'Baiklah! Abang mencintai sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama sayang,' balas suami wanita itu untuk menyenangkan hati isterinya.
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi..
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi.
Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya...
Sayangku,
Jika disebabkan suaramu aku mencintaimu, sekarang bolehkah engkau bersuara.. tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu...
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatanmu aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu...
Jika disebabkan senyumanmu aku mencintaimu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu..
jika disebabkan setiap langkahmu aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu...
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang.. Aku tidak mempunyai sebab mencintaimu lagi...
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintaimu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu...ia boleh dirasai dalam hati..'
Yang mencintaimu,
Suamimu.