Pages

Friday, April 27, 2012

:: Comel kan senyum?? ::

Jom pakat ramai-ramai senyum!
Tak rugi kalau kita senyum nie.. dapat pahala lagi tue.. 
Tak baik tau asyik masam muka jer.. senyum la tak kira la tua ke muda ke..
jangan kedekut sangat senyum tue ek..
comel apa you all senyum.. kan??

Monyet pun boleh senyum la.. 
comel lagi tue..

Rasulullah SAW bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar y...ang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." -HR Tirmizi dan Abu Dzar-

nie lagi la comel!
subhanallah... :)

budak kecil pun tau nak senyum..
comel kan?

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.-



"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah." -HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi-

-SELAMAT BERAMAL-
fieyrazafirah


:: Money is NOT everything ::

Money? What can I say is money is not everything. Money can be define any object or record that is generally accepted as payment for goods and services and repayment of debts in a given country or socio-economic context. The main functions of money are distinguished as: a medium of exchange; a unit of account; a store of value; and, occasionally in the past, a standard of deferred payment. Any kind of object or secure verifiable record that fulfills these functions can serve as money. (source: Wikipedia)



For me, money is zero. It is just a piece of paper or type of coin from metal. That’s just an item that human using nowadays. Its also a symbolic for human being to live more perfect. Everyone intend perfect and everybody need money to be a perfect one right? That’s we called it habitual of human life. Actually, we are not using money for life. Like before, human can live without money. They only use system barter for their own daily activity. Now, we see human really need it for continue their life. Money is just a price for an item human wants right. Everything need money! Money money money and money! Without money human can be crazy and useless. Haha!! What a kind of thinking! Yeahh! Me too! I’m thinking like that. We can’t run away from thinking about it right? Before, I’ve thinking that if I have a lot of money I’ll buy a lot of thing in my wish list! Fuh! That’s really impossible.



In short, what I want to say money is not everything! Not everything! We can’t buy love from money. We can’t buy happiness from money. We can’t buy relationship from money. We can’t buy friend from money. We only can buy a stuff to make life perfect with money. So, guys! Thin about it. :)

Original writer,
fieyrazafirah



Wednesday, April 25, 2012

CINTAKAH ITU? :: ...♥

CINTA...

apakah tangan anda tidak dapat berhenti memegang atau menyentuhnya?
hal itu bukan cinta tetapi berahi!
apakah anda bangga dan selalu ingin menunjukkannya pada semua orang?
hal itu bukanlah cinta tetapi anda senang mujur!
apakah anda menginginkannya kerana anda tahu dia selalu berada di samping anda?
hal itu bukan cinta tetapi kesepian!
apakah anda masih bersama dia kerana semua orang inginkannya?
hal itu bukannya cinta tapi kesetiaan!
adakah anda menerima cintanya kerana tidak mahu menyakiti hatinya?
hal itu bukanlah cinta tetapi kasihan dan simpati!
adakah anda bersedia untuk memberikan semua yang anda suka kepada dia?
hal itu bukanlah cinta tetepi kemurahan hati!
adakah anda cemburu bila dia berbual dengan lelaki atau wanita lain?
hal itu bukanlah cinta tetapi takut kehilangannya!

adakah anda masih bersamanya kerana kegembiraan yang tak dapat di gambarkan?
itulah cinta!
adakah anda masih menerima kesalahannya?
itulah cinta!
adakah anda tertarik pada orang lain tetapi masih bersamanya dengan setia?
itulah cinta!
adakah anda rela memberi hati anda kehidupan anda?
itulah cinta!
adakah hati anda tersentuh apabila dia sedang sedih?'
itulah cinta!
adakah anda menangis untuk kepedihannya biarpun dia cukup kuat menanggungnya?
itulah cinta!
adakah anda ikut terluka bila dia sedang sakit?
itulah cinta!
cinta memang sesuatu yang abstrak...
cintailah dia kerana itu adalah suatu anugerah tuhan....
terimalah pasangan anda dengan segala kekurangan dan kelebihannya.....
cinta itu harus saling memberi dan menerima dengan penuh keikhlasan hati....

*p/s: i got this from somebody.. very touching~ ^^

Sunday, April 22, 2012

♥♥ ::< Ciri-ciri Wanita menjadi IDAMAN lelaki >::♥♥

Wanita yang menjadi idaman lelaki ~ ♥ :
1. Berpegang Kepada Agama
2. Kecantikan Dalaman
3. Manja
4. Pandai Menjaga Kecantikan
5. Berakhlak Mulia
6. Tidak Mempamer Keseksian
7. Tidak Cerewet
8. Memahami Lelaki
9. sejuk Mata Memandang


"Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu. Oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai, dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu;dan bertaqwalah kepada Allah SWT serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada Hari Akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang beriman."
(Surah Al-Baqarah 2:223)

Jangan cari yang "TERAMAT SEMPURNA" :: JODOH :: ♥♥

Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak
PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menampalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat digunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan...
KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal. 

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa
KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!

Tuesday, January 10, 2012

Sepinya Penyesalan

saat aku terluka kau di sisi..
saat ku berbahagia kau di sisi..
tapi kini..
segalanya hanya tinggal ingatan dalam memoriku..
mungkinkah semuanya salahku..
kerana terlalu mengejar kesempurnaan..
aku terlupa ada yang terluka kerana aku..
aku sedar kini aku tidak lagi punyai siapa siapa..
semuanya telah pergi meninggalkan aku..
aku kesunyian..
tiada lagi teman untuk berbicara..
tiada lagi kasih untuk dicurahkan,,
tiada lagi sayang untuk ditaburkan..
tiada lagi cinta untuk diungkapkan..
apa yang ada kini hanyalah penyesalan tidak terduga..
sepinya sebuah penyesalan..
aku pasrah dengan semuanya..
mungkin inilah kehendak illahi..
untuk aku laluinya..
sebanyak manakah aku mampu untuk bertahan..
mengaharungi setiap sisa kasih yang terlepas..
yang pergi pasti akan pergi..
dan yang pasti tidak akan pernah kembali.


written by: fieyrazafirah (original writer)

Monday, January 2, 2012

Terima kasih anak Adam! :)

Apa perlunya aku harus menahan kesemuanya..
Andaikan tiada masa atau waktu yang menentukan..
Andaikan hati bisa meramal masa depan..
Agar aku tidak terus hanyut ke dunia yang maya..
Andai cinta tidak pernah wujud antara manusia..
Apakah ia mungkin menjadi satu kekurangan dalam diri manusia?
tapi aku? aku punya semuanya. cinta? kasih? sayang?
aku boleh dapatkan ia..
tapi untuk ia wujud dalam diriku sukar yang teramat!
cinta lama yang telah menutup segala pintu hatiku untuk mereka..
bukan ku tidak mahu menerima tapi aku telah MENCUBA!
arghhh.. betapa sukarnya hatiku merasai cinta yang baru..
kenapa? apakah ia masih tersisa di hati ini?
YA! sejak 2 tahun yang lalu..
betapa rindu ku pada si anak adam itu teramat..
tapi sayangnya... 
dia sudah menjadi milik orang! aku tak berhak mincintainya lagi apatah untuk merinduinya..
sungguh tajam panahan cintamu wahai si anak adam! 
Lepaskanlah aku! Lepaskan kesemuanya.. agar aku bebas dari cinta lama mu..
ku tak ingin terus menerus mengharapkan dirimu..
setahun? sebulan? seminit? sesaat? sungguh! ku tak ingin kau di hati ku..
ku relakan kau pergi dengan kebahagiaan masjid yang bakal kau bina,,,
aku pasrah dengan semuanya..
terima kasih untuk cintamu wahai anak adam!